Wednesday, October 12, 2011

Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Gula

Ramai yang mahu memutihkan kulit muka. Tapi was-was nak mencuba sesuatu petua. Betul ke ni? Confirm jadi ker? Dan pelbagai macam lagi persoalan yang menjadi tanda tanya. Saya di sini sekadar berkongsi. Menjadi atau tidak, itu di luar kemampuan saya.

Apa yang sebaiknya, anda cuba dengan penuh yakin dan berdoa.

Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni. Perbanyakkanlah berdoa. Terutamanya ketika hendak berbuka. Sambil meyiapkan juadah berbuka pun boleh berdoa. Gunakan peluang yang diberikan-Nya sebaik mungkin yea. ;)

Jadi, istimewa untuk anda, saya kongsikan satu lagi petua memutihkan kulit muka. Hanya gunakan gula pasir ataupun gula perang aje.



Proses ini dinamakan pengelupasan atau "exfoliating". Di mana ia diyakini membantu mencerahkan kulit anda serta kelihatan berseri-seri. chewwahhh macam nak kawin la plak
Oke. Sekarang kita beralih ke langkah mempraktikkannya;

1. Basuh dan bersihkan muka anda dulu daripada segala kekotoran dengan air bersih.
2. Kemudian, lapkan muka dengan tisu basah jika ada. Kalau tiada, lapkan dengan tuala lembut yang bersih.
3. Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai.
4. Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut.
5. Sambil menyapu, urut kulit muka anda secara membulat sekitar 5-10 minit.
6. Lepas tu, biarkan ia seketika dalam 10 minit.
7. Seterusnya, bilas muka anda untuk menghilangkan sisa gula tadi.
8. Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk bagi menutup liang pori yang terbuka.

Amalkan cara ini seminggu sekali sehinggalah kulit anda secerah yang diinginkan. Mudah dan ringkas, kan?

Selamat Mencuba!

View the original article here

0 comments

Post a Comment