Wednesday, October 12, 2011

2 Cara Memutihkan Siku Hitam

Warna siku yang agak gelap pun boleh membuatkan seseorang rasa kekurangan. Dahlah hitam, permukaannya kasar pula. Antara sebab musabab siku hitam ni adalah kerana anda terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan. Ataupun faktor keturunan.
Jadi, kalau anda nak memutihkan siku, di sini ada 2 cara untuk dicuba. Pilihlah yang sesuai dengan anda yea.
cara memutihkan siku hitam

Cara #1

1. Anda perlukan 1 biji limau nipis ataupun lemon. Pilih salah satu aje.

2. Belah dua limau nipis/lemon tadi.

3. Gosokkan ia sebelah pada siku kanan dan sebelah lagi pada siku kiri anda.

4. Gosoklah dalam beberapa minit.

5. Kemudian, biarkan air limau nipis/lemon tadi kering dan menyerap pada siku anda.
6. Akhir sekali, anda bilas kedua siku dengan air suam. Ulangi cara memutihkan siku ini setiap hari. Sehinggalah anda puas hati dengan hasil yang diperolehi.

Cara #2

1. Sediakan dulu bahan yang diperlukan iaitu;

~ Serbuk kunyit

~ Tepung gandum

~ Sedikit susu kotak


2. Campur semua bahan ke dalam satu bekas.

3. Gaulkan hingga rata.

4. Sapukan bahan tadi pada kedua-dua belah siku.

5. Biarkan selama 30 minit.

6. Akhir sekali, bersihkan siku anda dengan menggosoknya perlahan-lahan menggunakan air suam.
Sama seperti cara memutihkan siku #1, lakukannya setiap hari sampai anda puas hati. :D

Selamat Mencuba!


View the original article here

0 comments

Post a Comment