Wednesday, October 12, 2011

Mengapa Anda Tetap Perlukan Nasi

Sesetengah orang sanggup tak makan nasi selama berbulan-bulan semata-mata nak menurunkan berat badan. Malah yang sampai bertahun-tahun pun ada. Tapi, adakah cara tersebut praktikal? Terus terang cakap, saya tak sanggup.
Saya percaya anda semua tahu nasi tinggi karbohidrat. Kalau diambil berlebihan memang boleh menyebabkan kegemukan. Tetapi anda mesti sedar bahawa ia boleh dielakkan jika diambil secara berpatutan. Tak gitu? Sebagai contoh, katakanlah anda tak makan nasi. Tapi pada masa yang sama anda memakan makanan lain secara berlebihan. Risiko untuk GEMUK tetap ada.Nasi PerangNasi perang - thefreshfridge.com


Baiklah, di sini terdapat 3 sebab anda tetap perlukan nasi setiap hari;

1. Meningkatkan "mood"

Karbohidrat membantu pengeluaran serotonin. Serotonin ni sejenis bahan kimia dalam otak yang meransang perasaan gembira seseorang.
Kajian juga menunjukkan indvidu yang menjalani diet rendah karbohidrat selama 1 tahun, lebih mudah tertekan, gelisah dan mudah marah.

2. Mencegah lemak

Hahha. Jangan tak percaya pula. Kajian daripada Journal of Nutrition mendapati pengambilan sarapan yang mengandungi karbohidrat tidak menaikkan paras gula dalam darah. Sekiranya anda mengambil karbohidrat 3 jam sebelum latihan atau melakukan sebarang aktiviti, ia membantu membakar lemak berlebihan.

3. Meningkatkan tahap ingatan

Kajian daripada Tufts University pula mendedahkan bahawa wanita yang menjalani diet rendah karbohidrat selama 1 minggu mengalami kekurangan daripada segi tahap daya ingatan.
Tahap ingatan mereka lebih rendah berbanding mereka yang menjalani diet rendah kalori. Kesimpulannya, bagi yang bimbang nasi akan menyebabkan kegemukan ubahlah persepsi anda mulai sekarang. Ambil nasi pada kuantiti yang sepatutnya seiring dengan keperluan tubuh anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil beras perang sebagai ganti.

View the original article here

0 comments

Post a Comment