Wednesday, October 12, 2011

Dapat Ganjaran Dengan MEMBERI?

Sementara menunggu berbuka, saya meluangkan sedikit masa dengan membaca satu ebook. Tajuknya Rahsia Magnet Duit. Bagi memudahkan pembacaan, saya pun "print" ebook tu. Sambil tu, saya rasa ada seperkara yang berguna patut dikongsikan bersama anda. Iaitu berkaitan dengan amalan MEMBERI.Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ni. Kita digalakkan bersedekah, bertukar-tukar juadah sesama jiran serta memberikan makanan kepada mereka yang berpuasa ketika berbuka, kan?
Memberi - Tahukah anda dengan memberi, anda juga akan memperolehi ganjaran. Memberi adalah satu energi yang tidak hanya membantu orang lain, tetapi ianya juga mencipta lebih banyak lagi kepada yang memberi.
Wang adalah energi yang perlu mengalir. Jika anda takut untuk memberi, ego dan kedekut, itu bermakna anda telah menghentikan aliran wang tersebut.
Jika darah di dalam badan dapat mengalir dengan bebas, ini bermakna badan anda sihat dan sebaliknya jika ia terhenti bermakna kita mempunyai masalah kesihatan.
Begitu juga dengan wang, jika wang tidak mengalir dengan sepatutnya ini bermakna ekonomi anda tidak sihat. Jadi cara untuk mendapatkan aliran wang yang baik adalah dengan memberi.
Jangan takut untuk memberi dan jangan bimbang tentang kehilangannya kerana alam semesta tahu apa yang dilakukan.

Mudah-mudahan setelah membaca petikan di atas, anda dan saya dapat sesuatu yang bermanfaat tentang "memberi".

Sekian, terima kasih & Selamat Berbuka. =D

Sumber petikan dan gambar : Ebook Rahsia Magnet Duit Versi 3 Oleh LinnComel


View the original article here

0 comments

Post a Comment