Jadi, kalau anda nak memutihkan siku, di sini ada 2 cara untuk dicuba. Pilihlah yang sesuai dengan anda yea.
Cara #1
1. Anda perlukan 1 biji limau nipis ataupun lemon. Pilih salah satu aje.
2. Belah dua limau nipis/lemon tadi.
3. Gosokkan ia sebelah pada siku kanan dan sebelah lagi pada siku kiri anda.
4. Gosoklah dalam beberapa minit.
5. Kemudian, biarkan air limau nipis/lemon tadi kering dan menyerap pada siku anda.6. Akhir sekali, anda bilas kedua siku dengan air suam. Ulangi cara memutihkan siku ini setiap hari. Sehinggalah anda puas hati dengan hasil yang diperolehi.
Cara #2
1. Sediakan dulu bahan yang diperlukan iaitu;
~ Serbuk kunyit~ Tepung gandum
~ Sedikit susu kotak
2. Campur semua bahan ke dalam satu bekas.
3. Gaulkan hingga rata.
4. Sapukan bahan tadi pada kedua-dua belah siku.
5. Biarkan selama 30 minit.
6. Akhir sekali, bersihkan siku anda dengan menggosoknya perlahan-lahan menggunakan air suam.Sama seperti cara memutihkan siku #1, lakukannya setiap hari sampai anda puas hati. :D
Selamat Mencuba!
0 comments
Post a Comment