Wednesday, October 12, 2011

Cara Melentikkan Bulu Mata Dengan Lidah Buaya

Bulu mata yang lentik membuatkan si pemiliknya dikagumi. Dulu masa sekolah, saya ada seorang kawan. Lelaki. Tapi bulu mata dia memang lentik.

Asli.

Dek kerana kelebihan itu, ramai yang memujinya. Terutamanya yang perempuan lah.

Sekarang ni, ada tak di antara anda yang teringin memiliki bulu mata yang lentik?

Kalau ada, petua kali ini saya tujukan khas buat anda.

Iaitu cara melentikkan bulu mata.

Memula, anda sediakan dulu bahan yang diperlukan iaitu;


~ Tangkai daun sirih
~ Lendir daun lidah buaya
Seterusnya, apa yang perlu anda buat ialah;

1. Bersihkan dulu tangkai daun sirih tadi.
2. Celupkan tangkai tersebut pada lendir daun lidah buaya.
3. Sapukan lendir tersebut pada bulu mata anda.
4. Amalkan cara ini setiap hari sehingga anda berpuashati dengan hasilnya.

Tapi ada seperkara yang anda perlu tahu. Semasa mengamalkan petua ini, hentikan sementara pemakaian maskara.

Tujuannya bagi menjaga kesihatan bulu mata anda. Harap anda dapat mengikuti cara melentikkan bulu mata di atas dan aturannya yea.

Selamat Mencuba!

View the original article here

0 comments

Post a Comment