Wednesday, October 12, 2011

Cara Hilangkan Kutu Air Di Celah Jari

Ada rasa gatal-gatal di celah jari?

Tak kisahlah sama ada celah jari tangan ataupun kaki. Cuba belek celah-celah jari tu kejap.. Manalah tahu entah-entah ada kutu air ke.

Kalau ada, saya nak kongsi petua hilangkan kutu air tu.

Read More

Cara Hilangkan Selulit Dengan Kopi



Selain "stretch mark", satu lagi masalah kulit yang menghantui anda ialah selulit. Selulit merupakan lemak pada kulit yang bercantum dengan kolagen. Biasanya terdapat pada paha, punggung dan tangan. Adakalanya turut kelihatan pada betis.

Lazimnya, golongan wanita lebih ramai yang mengalami masalah sesulit berbanding lelaki. Ini kerana sel lemak pada kulit lelaki agak jauh daripada lapisan atas kulit.
Menghilangkan selulit adalah perkara yang agak mustahil. Walaupun dengan menggunakan rawatan yang mahal menggunakan mesin canggih manggih mahupun krim.

Sebenarnya, apa yang perlu anda lakukan ialah mengurangkan timbunan lemak.

Lagi satu, daripada anda membazir, ada baiknya gunakan bahan-bahan yang jauh lebih murah. Bahan yang saya maksudkan ialah serbuk kopi.



Kenapa serbuk kopi??

Kandungan kafein pada kopi mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit.

Apa yang lebih baik ia berfungsi mengurangkan timbunan lemak yang membuatkan kulit anda kelihatan agak jingga!

Baiklah, bahan-bahan yang anda perlukan;
~ 2 cawan serbuk kopi
~ 1/2 cawan gula ataupun garam laut (pilih 1)
~ 2-3 sudu besar minyak urut (massage oil)

Caranya:

1. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas.
2. Kacau sampai sebati.
3. Lulur atau sapukan campuran tadi ke seluruh tubuh anda.
4. Sambil itu, urutlah secara lembut tubuh anda. Terutamanya pada bahagian yang ada selulit.
5. Urutan ini bagus untuk membebaskan sel-sel lemak yang terperangkap dan seterusnya mengurangkan selulit.
6. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air suam. Amalkan cara hilangkan selulit dengan kopi ini beberapa kali seminggu hingga anda berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.
Selamat mencuba!

View the original article here
Read More

4 Menu Cadangan Untuk Bersahur

Bagi anda yang menjalani ibadah puasa, tentulah bersahur, kan?

Kalau tak, nanti ada pula yang jadikannya alasan untuk memonteng. Memang dah tak boleh pakai langsung alasan tu.

Dah lapuk. Hehe...

Cuma ada kalanya agak buntu memikirkan mengenai menu sahur. Menu apa yang sesuai untuk mengelakkan lekas lapar.

Kalau ada anak-anak yang baru belajar puasa, menu apa pula yang boleh menarik minat mereka untuk makan sahur. Ermmm...

Menurut pakar pemakanan chewwahh!, menu sahur yang terbaik adalah yang mampu memenuhi keperluan tubuh serta mampu mengelakkan lekas lapar.

Umumnya, anda bolehlah makanan yang tinggi kandungan serat serta protein. Dalam pada itu, makanan itu perlulah mengandungi karbohidrat dan vitamin.

Berikut adalah menu cadangan bersahur untuk anda;

1. Oat yang dibancuh sendiri. Tambahkan sedikit buah-buahan seperti aprikot, barli, kurma ataupun strawberi.
Oat untuk Bersahur
Tapi bukan oat yang 3 dalam 1 tu yea.

2. Andainya anda tak boleh tinggalkan nasi, cuba beralih kepada beras perang.Beras Perang untuk Bersahur
Sebagai pelengkap, pilihlah sayur-sayuran dan sumber protein seperti ikan.

3. Sekiranya anda tiada selera terhadap nasi, ambillah sandwic tuna. Selain tuna, isi ayam panggang tanpa kulit pun boleh dijadikan inti.

Sandwic tuna - simplyrecipes.com4. Katakanlah anda tersedar pun dah lewat, tak sempat nak siapkan salah satu menu di atas...

Anda boleh makan yogurt rendah lemak bersama pisang sebagai ganti yea.Selain makanan, minuman pun penting.

Segelas susu rendah lemak bersama 2 gelas air masak adalah pilihan terbaik. Jikalau minum air terlalu banyak, nanti perut anda tak larat nak tampung makanan lain.

Selamat Bersahur yea. ;)

View the original article here
Read More

5 Manfaat Jalan Kaki



Anda suka jalan kaki untuk ke satu-satu tempat?

Tak kiralah sama ada ke kedai runcit berdekatan rumah mahupun ke kedai makan berhampiran pejabat. Ataupun bersiar-siar di taman pada setiap petang dan hujung minggu. Ini pun dikira juga. =)


Jikalau anda memandang rendah pada aktiviti berjalan kaki ni, cuba fikir semula.

Berjalan kaki secara perlahan atau sederhana dengan purata 150 minit seminggu mampu mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Di samping memberikan kebaikan lain kepada anda.

1. Kurangkan risiko diabetes
Kajian terbaru mendapati berjalan kaki secara perlahan mengurangkan risiko diabetes.

2. Kurangkan risiko strok
Berjalan kaki secara sederhana selama 30 minit sehari menurunkan risiko strok. Iaitu pengurangan sekitar 40%. Sebaiknya lakukan aktiviti jalan kaki ini 5 kali seminggu.

3. Kurangkan risiko kanser payudara
Berjalan kaki bukan setakat boleh mengurangkan risiko barah payudara. Malah ia membantu si pesakit melawannya. Jadi, apa tunggu lagi??

4. Menguatkan daya ingatan
Kajian dari Itali mendapati berjalan kaki atau melakukan aktiviti lain seperti berkebun mampu mengurangkan 27% risiko mendapat demensia. Hasil ini diperolehi setelah menelitinya selama 4 tahun.

Demensia merupakan sejenis penyakit otak yang menyebabkan fungsi seseorang menurun dengan cepat. Contohnya seperti kurangnya daya ingatan, daya berfikir serta pergaulan.
Dimensia ini boleh dialami oleh sesiapa saja. Tetapi biasanya oleh mereka yang berumur 40-an ke dan atas.

Oleh itu, lakukanlah aktiviti jalan kaki ini bagi melancarkan aliran darah anda ke otak.

5. Memperbaiki kehidupan seks
Ah-ha! Bagi pasangan yang dah lama berkahwin mesti suka, kan?
Menurut kajian lagi membabitkan wanita 45-55 tahun, mereka yang menjadikan aktiviti jalan kaki sebagai rutin akan dapat ...
A. Meningkatkan ransangan seks
B. Meningkatkan kepuasan seks mereka
kerana pengaliran darah yang lebih lancar. Sekarang, bagaimana persepsi anda terhadap aktiviti berjalan kaki? Dah berubah ke belum? Kalau dah, amalkan aktiviti ini 30 minit sehari selama 5 hari seminggu sebagai rutin baru anda. (*-*)

View the original article here
Read More

Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Muka Berminyak

Bagi kita yang kulit muka jenis berminyak, jerawat memang senang tumbuh. Liang pori-pori pun lebih besar. Selalunya nampak ketara pada bahagian pipi. Jadi, kita perlulah memberikan lebih perhatian terhadap penjagaannya. Salah satunya dengan memakai topeng muka. Ataupun masker muka yang boleh dibuat sendiri.

Berikut ramuan membuat topeng muka khusus untuk kulit berminyak;
~ 1 biji telur
~ 1 sudu makan daun pudina
~ 1 sudu makan jus lemon
~ 1/2 biji timun telah yang dihiris


Cara membuatnya;
1. Campurkan kesemua bahan dan kisar sampai halus.
2. Kemudian, masukkan bahan tadi dalam satu bekas.
3. Sejukkan ia dulu dalam peti ais.
4. Setelah itu, barulah sapukan ramuan tersebut ke seluruh muka.
5. Biarkan ia sekitar 30 minit.
6. Setelah kering, bilas muka dengan air suam sampai bersih.
7. Akhir sekali, bilas sekali lagi muka dengan air sejuk pula untuk mengecilkan pori-pori di muka.

Petua ini sebaik-baiknya kita amalkan dengan hanya memakainya sebulan sekali yea. Selamat Mencuba!

View the original article here
Read More

2 Cara Memutihkan Siku Hitam



Warna siku yang agak gelap pun boleh membuatkan seseorang rasa kekurangan. Dahlah hitam, permukaannya kasar pula.

Antara sebab musabab siku hitam ni adalah kerana anda terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan. Ataupun faktor keturunan.

Jadi, kalau anda nak memutihkan siku, di sini ada 2 cara untuk dicuba. Pilihlah yang sesuai dengan anda yea.

Cara #1

1. Anda perlukan 1 biji limau nipis ataupun lemon. Pilih salah satu aje.
2. Belah dua limau nipis/lemon tadi.
3. Gosokkan ia sebelah pada siku kanan dan sebelah lagi pada siku kiri anda.
4. Gosoklah dalam beberapa minit.
5. Kemudian, biarkan air limau nipis/lemon tadi kering dan menyerap pada siku anda.
6. Akhir sekali, anda bilas kedua siku dengan air suam. Ulangi cara memutihkan siku ini setiap hari. Sehinggalah anda puas hati dengan hasil yang diperolehi.

Cara #2

1. Sediakan dulu bahan yang diperlukan iaitu;
~ Serbuk kunyit
~ Tepung gandum
~ Sedikit susu kotak
2. Campur semua bahan ke dalam satu bekas.
3. Gaulkan hingga rata.
4. Sapukan bahan tadi pada kedua-dua belah siku.
5. Biarkan selama 30 minit.
6. Akhir sekali, bersihkan siku anda dengan menggosoknya perlahan-lahan menggunakan air suam.

Sama seperti cara memutihkan siku #1, lakukannya setiap hari sampai anda puas hati. :D

Selamat Mencuba!

View the original article here
Read More

Cara Melentikkan Bulu Mata Dengan Lidah Buaya

Bulu mata yang lentik membuatkan si pemiliknya dikagumi. Dulu masa sekolah, saya ada seorang kawan. Lelaki. Tapi bulu mata dia memang lentik.

Asli.

Dek kerana kelebihan itu, ramai yang memujinya. Terutamanya yang perempuan lah.

Sekarang ni, ada tak di antara anda yang teringin memiliki bulu mata yang lentik?

Kalau ada, petua kali ini saya tujukan khas buat anda.

Iaitu cara melentikkan bulu mata.

Memula, anda sediakan dulu bahan yang diperlukan iaitu;


~ Tangkai daun sirih
~ Lendir daun lidah buaya
Seterusnya, apa yang perlu anda buat ialah;

1. Bersihkan dulu tangkai daun sirih tadi.
2. Celupkan tangkai tersebut pada lendir daun lidah buaya.
3. Sapukan lendir tersebut pada bulu mata anda.
4. Amalkan cara ini setiap hari sehingga anda berpuashati dengan hasilnya.

Tapi ada seperkara yang anda perlu tahu. Semasa mengamalkan petua ini, hentikan sementara pemakaian maskara.

Tujuannya bagi menjaga kesihatan bulu mata anda. Harap anda dapat mengikuti cara melentikkan bulu mata di atas dan aturannya yea.

Selamat Mencuba!

View the original article here
Read More

4 Tumbuhan Mengubati Darah Tinggi

Setiap tumbuhan yang dijadikan oleh-Nya tentu mempunyai khasiat tersendiri. Cuma mungkin kita saja yang kurang tahu mengenainya. Justeru, saya kongsikan beberapa jenis tumbuhan yang dikatakan berupaya mengurangkan atau mengubati tekanan darah tinggi anda.




1. Pegaga
Daun pegaga boleh dibuat jus sebagai penawar darah tinggi anda. Selain itu, amalan meminum jus pegaga membantu anda kelihatan awet muda.

2. Pucuk Betik
Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman ketika anda menikmati makan tengah hari mahupun malam.

3. Daun Sambung Nyawa
Satu lagi tumbuhan yang boleh anda jadikan sebagai ulam-ulaman ialah daun sambung nyawa. Andai memakannya secara berlebihan, anda akan berasa mual, loya dan macam nak muntah.

Ini disebabkan oleh cecair daunnya yang berfungsi menurunkan kandungan gula dalam darah.



4. Daun Tenggek Burung
Anda yang menghidapi darah tinggi boleh buat daun tenggek burung ni sebagai ulam. Lawan pula dengan sambal belacan. Mmmm... memang sedap.

Di samping darah tinggi, ia membantu melancarkan perjalanan darah anda juga.

View the original article here
Read More

Petua Atasi Kulit Bersisik Dengan Nanas



Masalah kulit bersisik sikit sebanyak memang membimbangkan. Kita juga kurang selesa dengan keadaan kulit bersisik ni, kan?

Lebih-lebih lagi bagi yang ingin mendirikan rumahtangga lepas raya ni. Penjagaan kulit mestilah menjadi keutamaan.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah kulit bersisik, kita boleh gunakan nanas.

Buah nanas mengandungi bromelin. Bromelin ni sejenis enzim berkhasiat yang membantu pembentukan kolagen agar kulit sentiasa kenyal dan muda.

Nanas juga kaya dengan vitamin A dan C yang berguna menyingkirkan sel kulit mati, mempercepatkan proses pembentukan sel serta menghilangkan noda pada kulit muka. Paling penting, ia semestinya dapat mengatasi masalah kulit bersisik.

Petua kulit bersisik dengan nanas;

1. Sediakan 1/2 biji nanas.
2. Parut kesemua nanas tadi.
3. Gosokkan nanas yang telah diparut pada kulit yang bersisik ataupun mengelupas.
4. Kita boleh sapukannya pada waktu malam. Keesokan paginya, barulah dibasuh.

Amalkan rawatan ini setiap hari. Teruskan sehinggalah kulit bersisik tidak lagi bersisik. =)

Selamat Mencuba yea!

View the original article here
Read More

Ramuan Menambah Tenaga Batin 3



Agak lama saya tak paparkan petua suami isteri dengan anda yang telah berkahwin. Apa kata saya kongsi satu ramuan menguatkan tenaga batin khas buat suami.

Boleh, kan?

Baiklah, bahan-bahan yang diperlukan adalah;
~ 1 gram lada hitam
~ 1 sudu minyak sapi
~ 1 ulas bawang putih
~ 7 ulas cekur
Oke. Anda dah sediakan kesemua bahan di atas? Kalau dah, baguslah. Sekarang, anda perlu lakukan langkah berikut;

1. Bersihkan cekur dan tumbuk ia sampai lumat.
2. Bawang putih dan lada hitam tadi pun perlu ditumbuk juga.
3. Campurkan bahan yang telah ditumbuk tadi beserta minyak sapi hingga sebati.
4. Akhir sekali, makanlah ramuan ini.

Anda perlu memakan ramuan ini pada waktu pagi selama 7 hari berturut-turut. Insya-Allah masalah anda akan dapat diatasi.

Cuba tau!

View the original article here
Read More